Connect with us

Oh! Media

Selepas Teruk Dikecam, Keluarga & Pihak Terbabit Minta Isu Ini Tidak Dipanjangkan, Hanya Salah Faham

Umum

Selepas Teruk Dikecam, Keluarga & Pihak Terbabit Minta Isu Ini Tidak Dipanjangkan, Hanya Salah Faham

Baru-baru ini Ohmedia juga ada kongsikan mengenai kisah yang tersebar di mana ada sepasang suami isteri dikatakan telah datang ke Selangor menaiki motor dari Johor untuk berjumpa dengan anaknya yang belajar di sebuah institut. Kisah mereka tersebar apabila dikatakan anaknya enggan berjumpa dengan ibu bapanya.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, menerusi laporan Harian Metro dan penerangan dari pihak yang menyebarkan perkara ini telah mengatakan bahawa ia hanyalah salah faham antara pihak mereka dan keluarga pelajar bernama Siti Syahirah Md Daim.

Siti melalui kenyataan kepada Majlis Perwakilan Pelajar menyatakan isu yang viral ini telahpun selesai dan meminta agar isu ini tidak lagi dipanjangkan dan biarlah hanya pihak tertentu sahaja yang mengetahui hal yang sebenar.

Tidak perlulah dipanjangkan, cukup sekadar saya dan pihak tertentu saja yang mengetahui hal sebenar. Untuk pengetahuan, kenalan yang bernama ‘Su’ (bukan nama sebenar) tidak terbabit dalam isu itu dan diminta untuk berhenti membuat spekulasi sendiri atau menyerang pihak yang tidak berkenaan. Saya berharap tiada lagi spekulasi timbul yang boleh menjatuhkan maruah saya dan keluarga. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar melalui perkara yang sudah berlaku. – Kata Siti Syahirah.

Jadi diharapkan agar penjelasan ini dapat tenangkan semua orang dan berhentilah membuat andaian. Biarlah mereka sekeluarga menyelesaikan perkara ini.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas