Connect with us

Oh! Media

Tersilap Cakap ‘Sujud Sahwi’ – Pegulas Sukan Mohon Maaf

Umum

Tersilap Cakap ‘Sujud Sahwi’ – Pegulas Sukan Mohon Maaf

Disaat Malaysia sedang meraikan pencapaian Hafizh Syahrin yang berjaya mendapat kedudukan ke 10 tempoh hari di perlumbaan MotoGP Sepang, kita ditambah lagi dengan pengulas sukan yang tersilap menyebut ‘sujud sahwi’ sewaktu pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah melakukan sujud syukur sebaik saja tamat perlumbaan.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, Pengulas Radio Televisyen Malaysia (RTM), Rasdi Jumaat mengakui sedar di atas kesilapannya itu dan membuat permohonan maaf. Ujarnya lagi, sewaktu mengulas, pengulas perlu peka dengan banyak perkara, tambahan pula ulasan sukan memerlukan kelajuan.

“Ia berlaku secara spontan, masa mengulas tu pengulas kena peka dengan banyak benda. Arahan penerbit, ulasan Inggeris, suara rakan sebelah lagi. Tambahan pula mengulas sukan melibatkan kelajuan. Saya akui ‘slip tongue’ pada hari itu dan saya mohon maaf.

“Kadang-kadang orang tak tahu persekitaran sewaktu kita mengulas, bekerja dalam tempoh lama. Nak cakap benda lain tapi terkeluar ayat lain,” katanya.

“Memang saya dah jangka, apa agaknya reaksi peminat sukan. Bila berlaku satu kesilapan, memang meletup. Tapi Alhamdulillah juga sebab ramai yang menonton dan peka dengan perkara itu. Saya tak ambil hati,” katanya lagi.

Radsi merupakan pengulas RTM yang mempunyai 10 tahun pengalaman dan kesilapan tersebut dilihat sesuatu yang menghiburkan dan bukanlah kesilapan yang besar.


 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas