Connect with us

Oh! Media

Tersepit Dalam Kereta, Ibu Dan Bayi 8 Bulan Maut Dalam Kemalangan

Umum

Tersepit Dalam Kereta, Ibu Dan Bayi 8 Bulan Maut Dalam Kemalangan

Innalillahiwainnalillahirojiun, kemalangan yang melibatkan dua treler dan empat kereta di Kilometer 160.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menyebabkan seorang ibu dan bayi 8 bulan tersepit di dalam kereta dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

ADVERTISEMENT

Dua mangsa maut itu dikenalpasti sebagai Nur Qaireen Marissa Nor Azry berusia 8 bulan dan ibunya, Siti Khadijah Haron yang berusia 33 tahun. Kejadian ini berlaku kira-kira jam 12.10 pagi tadi.

Menurut laporan Astro Awani, kemalangan itu berlaku disebabkan sebuah treler yang hilang kawalan melanggar kereta dua mangsa tersebut bersama tiga ahli keluarga yang lain dan menyebabkan keretanya termasuk dekat bahagian belakang sebuah lagi treler yang ada di depan. Walau bagaimanapun, tiga ahli keluarga (suami dan dua anak) mengalami kecederaan ringan.

Dua mangsa maut tersebut berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin.

Sumber: Astro Awani

+ Baca respon pembaca Oh! Media


Oh! Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas