Connect with us

Oh! Media

Tersebar Jalur Gemilang Dengan 5 Bintang, MABA Kata Kesalahan Teknikal?

Umum

Tersebar Jalur Gemilang Dengan 5 Bintang, MABA Kata Kesalahan Teknikal?

Apa lagi yang cuba mereka mainkan? Kesilapan dan kesilapan dijadikan alasan. Kalau korang perasan, baru-baru ini tersebar pula rakaman video dan gambar yang menunjukkan imej Jalur Gemilang yang salah dipaparkan pada skrin besar semasa upacara pembukaan Piala Lum Mun Chak yang dianjurkan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA).

ADVERTISEMENT

Hari ini, melalui laman Facebook rasmi MABA tampil memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan teknikal yang berlaku. Ini penjelasan mereka.




Namun, netizen berpendapat kesalahan mereka tidak boleh dimaafkan begitu sahaja dan tindakan harus diambil. Rata-rata netizen juga melihat kesalahan begini tidak seharusnya berlaku kerana yang menguruskan program ini adalah rakyat Malaysia yang telah diajar tentang negara sejak dari tadika lagi. Jika korang cari gambar Jalur Gemilang dengan bintang bucu 5 sekalipun, memang tidak akan muncul.

Ada juga yang tidak berpuas hati kerana pihak MABA tetap ego kerana tidak mahu melakukan permohonan maaf dengan bahasa Melayu dan hanya menggunakan bahasa english dan mandarin.



Jadi apa pendapat korang dan apa tindakan yang seharusnya dikenakan agar perkara sama tidak berulang?

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas