Connect with us

Oh! Media

Tersebar Gambar Seorang Bapa Kira Duit Syiling Beli Kasut Baru Anak

Umum

Tersebar Gambar Seorang Bapa Kira Duit Syiling Beli Kasut Baru Anak

Malam ni macam biasa Ohmedia lebih tertarik untuk kongsikan cerita yang santai dan boleh bagi sedikit inspirasi kepada kita semua. Jadi Ohmedia tertarik dengan gambar yang viral di media sosial Philippine di mana kisah seorang bapa yang sanggup menabung duit syiling untuk membeli sepasang kasut baru untuk anaknya.

ADVERTISEMENT

Itulah kasihnya seorang bapa yang memang nampak diam tidak bersuara apabila anak meminta sesuatu, tetapi sebenarnya di fikirannya sentiasa memikirkan jalan untuk menunaikannya.

Dari apa yang dapat dilihat dari gambar ini, terlihat seorang lelaki tua bersama seorang remaja sedang mengira duit syiling di atas kaunter kedai kasut. Dalam perkongsian itu juga menyatakan yang lelaki tua itu tersenyum apabila duit yang dibawa dan dikiranya cukup untuk membeli kasut yang diinginkan anaknya.

Jadi bagaimana pula dengan kita? Mungkin tidak semua bernasib baik, tetapi jika kita masih mempunyai seorang bapa dan ibu di dunia ini, hargailah pengorbanan mereka walaupun mungkin kita sebagai seorang anak tidak pernah melihat pengorbanan mereka yang mencari rezeki siang dan malam.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! You Tube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas