Connect with us

Oh! Media

Terperangkap Dalam Kesesakan, Menyelamatkan Nyawanya

Umum

Terperangkap Dalam Kesesakan, Menyelamatkan Nyawanya

Disebalik nahas yang menimpa penumpang dan anak kapal Lion Air yang terhempas di Laut Jawa, tersimpan satu cerita demana seorang pegawai Kementerian Kewangan Indonesia terselamat dan bernasib baik.

ADVERTISEMENT

“Saya berasal dari Bandung. Jadi, setiap minggu saya akan pulang dan menaiki pesawat awal pagi,” jelas Sony Setiawan kepada wartawan di Pangkalpinang, hari ini.

Setiawan mengatakan, kebiasaannya dia akan tiba di Jakarta tepat jam 3 pagi dari Bandung. Namun, Sony terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas di Cikampek hingga menyebabkan dia terlepas pesawat kerana tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta itu pada jam 6.20 pagi.

“Selepas mendengar kejadian yang menimpa pesawat Lion Air. Saya menangis kerana terkejut bercampur sedih berikutan enam sahabat saya turut berada dalam pesawat itu. ALLAH memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki diri,” ujarnya sambil menambah berasa tidak sedap hati sejak petang semalam.

Oh Media: Al Fatihah kepada semua mangsa korban  pesawat Lion Air, JT 610.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas