Connect with us

Oh! Media

Terima Kasih SPRM Kerana Bertindak Dengan Cepat – Syed Saddiq

image2b2528162529jpg

Oh! Negara

Terima Kasih SPRM Kerana Bertindak Dengan Cepat – Syed Saddiq

Berikutan dengan penahanan 15 orang pegawai belia dan sukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman menyambut baik tindakan SPRM tersebut dan tampil mengucapkkan terima kasih kerana cepat bertindak selepas menerima aduan kes terbabit.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada SPRM kerana cepat bertindak dan benteng utama dalam memerangi najis rasuah membabitkan 15 pegawai belia dan sukan KBS ditahan SPRM semalam.

“Saya bertekad untuk menjadikan KBS kementerian nombor satu dalam bab urus tadbir baik, cekap dan amanah. Dua bulan lalu, KBS ada melancarkan lima pelan integriti utama untuk memperkukuhkan budaya integriti kita.

IKLAN

“Kontrak melalui ‘open tender’ (tender terbuka). Pegawai SPRM ditempatkan di pejabat KBS dan melapor terus ke SPRM dan bukan pejabat menteri. – ‘Corruption Risk Mitigation Report (Laporan Mitigasi Risiko Rasuah). – Complete Auditing’ (Audit Lengkap). – Pegawai di Pejabat Menteri perlu isytiharkan harta ke SPRM. #YouthIntegriti demi budaya integriti yang baru!”, tulisnya dalam satu kenyataan ringkas menerusi pesanan Whatsapp kepada pihak media.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas