Connect with us

Oh! Media

Terima Kasih Perdana Menteri Kerana Ambil Langkah Berani – MB Terengganu

mbterengganubelibarangdipasarjpg

Oh! Negara

Terima Kasih Perdana Menteri Kerana Ambil Langkah Berani – MB Terengganu

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu berkata, langkah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak meratifikasikan ICERD juga adalah satu langkah yang betul dan tepat.

Keputusan kerajaan Pakatan Harapan membatalkan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) adalah satu langkah berani.

“Jadi tentunya ini satu langkah yang dialu-alukan dan bagi pihak kerajaan negeri saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana mengambil tindakan sebegini.

IKLAN

“Sebenarnya ini bukan sekadar untuk ICERD tetapi dalam jua inisiatif di peringkat antarabangsa kepada mana mana negara haruslah dipertimbangkan oleh negara berkenaan sendiri,” katanya.

Menurut Dr Ahmad Samsuri, keputusan itu wajar dengan mengambil kira demografi masyarakat yang ada dalam negara dengan berlatar belakang sejarah pembentukan Malaysia daripada Tanah Melayu.

  + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas