Connect with us

Oh! Media

“Terasa Bagai P.Ramlee Masih Hidup” – Indahnya Raya, Fairuz Misran

Maxresdefaultjpg

Umum

“Terasa Bagai P.Ramlee Masih Hidup” – Indahnya Raya, Fairuz Misran

Bila sebut sahaja nama P.Ramlee, mesti ramai yang akan terbayang akan filem Seniman Bujang Lapok, Do Re Mi dan banyak lagi karya beliau yang sangat memberikan kesan sehingga ke hari ini. Nama P.Ramlee juga dapat dilihat terus menjadi sebutan dan segar di ingatan sehingga ke hari ini dan pasti ramai yang merinduinya.

Bercakap tentang kerinduan, mesti korang kenal dengan seseorang bernama Fairuz Misran yang juga dikenali sebagai P.Ramlee Sabah yang telah muncul sebagai seorang yang telah mengubat kerinduan ini. Fairuz yang merupakan juara pertandingan nyanyian Bintang P.Ramlee peringakat Kebangsaan anjuran RTM pada tahun 2012 ini sekali lagi muncul dan popular apabila ‘viral’ dengan rakaman langsung dirinya di Facebook dengan mengenakan gaya, suara dan riak wajah Tan Sri P.Ramlee.


IKLAN

Pada tahun ini cukup bermakna apabila Fairuz hadir dengan lagu rayanya sendiri yang berjudul Indahnya Raya, lagu dari Harry Khalifah dan lirik dari Achoi Floor 88. Baru sahaja dikeluarkan pada 24 May yang lalu dan kini telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 380,458 di You Tube MVM Music. Apa yang dapat kami rasakan, seolah-olah melihat Tan Sri P.Ramlee kembali menghiburkan kita semua. Jom layan lagu Indahnya Raya!

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas