Connect with us

Oh! Media

Tengku Mahkota Kelantan Bakal Disatukan Dengan Wanita Sweden

Umum

Tengku Mahkota Kelantan Bakal Disatukan Dengan Wanita Sweden

Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra dikhabarkan bakal menlangsungkan perkahwinan pada 19 April ini yang akan disatukan bersama wanita warga Sweeden, Cik Sofie Louise Johansson.

ADVERTISEMENT

Acara perkahwinan yang diadakan di Istana Balai Besar Kota Bharu itu diumumkan oleh Ketua Istiadat Pejabat Istana Kelantan, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan berkata bakal isteri bagindan merupakan kenalan lamanya.

“Sukacita saya dengan hormatnya menjunjung titah perintah Yang Teramat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan akan melangsungkan perkahwinan pada Jumaat, 13 Syaaban 1440H bersamaan 19 April 2018 di Istana Balai Besar.

“Yang Teramat Mulia juga bertitah agar cenderamata sempena istiadat perkahwinan baginda disumbangkan kepada badan kebajikan Kelantan seperti Yayasan Orang Kurang Upaya (YOKUK), Rumah Anak-Anak Yatim dan Orang Tua serta Persatuan Bulan Sabit Merah

“Baginda berharap agar sekalian rakyat dapat mendoakan perkahwinan baginda kelak dipermudahkan dan dirahmati Allah sehingga jannah,” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas