Connect with us

Oh! Media

Tenaga Pengajar Silat Cekak Pusaka Hanafi Perlu Dirai Kerana

Image2b252872529jpg

Umum

Tenaga Pengajar Silat Cekak Pusaka Hanafi Perlu Dirai Kerana

Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi (Pusaka Hanafi) hari ini, menganjurkan program sambutan Maal Hijrah dan Hari Tenaga Pengajar Pusaka Hanafi Malaysia, di Dewan Seri Lestari, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, di sini.

Program tahunan kali ini bertemakan “Sayangi Silatku, Sayang Malaysiaku”, bersesuaian dengan sambutan bulan Kebangsaan.

Menurut, pewaris mutlak silat cekak, Dr  Md Radzi Hanafi berkata, sambutan Hari Tenaga Pengajar amat penting bagi menghargai sumbangan dan jasa tenaga pengajar yang mengembangkan silat ke seluruh tanah air.

IKLAN

“Selain dalam usaha membentuk sahsiah diri masyarakat khususnya golongan remaja dan belia Islam demi agama, bangsa dan negara.

“Pusaka Hanafi amat menekan institusi perguruan daripada sanad dan salasilah yang sah bagi memastikan pengajaran dan pendidikan yang asli.

“Mempertahankan diri amat penting kerana ia dituntut dalam agama. Ia dapat mempertahankan diri, keluarga, masyarakat dan negara,” katanya dalam ucapan pembukaannya.

Beliau berpesan, Pusaka Hanafi perlu diperkasakan untuk terus bertahan dalam zaman mencabar.

Sebagai rekod, Pusaka Hanafi telah berjaya mencatatkan sejarah persilatan negara di pentas dunia pada tahun 2015 di dalam Guinness World Records bagi kategori “Largest Silat Lesson” melalui acara Mysilat Myfest 2015 bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dengan penyertaan 12,393 pesilat Silat Cekak Pusaka Hanafi.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas