Connect with us

Oh! Media

Tempat Nabi Isa Turun Dari Langit

Umum

Tempat Nabi Isa Turun Dari Langit

SOALAN:
Antara peristiwa yang berlaku di akhir zaman ialah turunnya Nabi Isa a.s dari langit ke bumi. Soalan saya ialah di manakah Nabi Isa akan turun san berapa lamakah Nabi Isa hidup di bumi?

ADVERTISEMENT

JAWAPAN:
Nabi Isa a.s akan turun dari langit di Kota Damsyik di negeri Syria.

Dalilnya ialah hadith yang diriwayatkan dari Nawas bin Sam’an r.a. katanya Rasulullah saw telah bersabda:

إِذْ بَعَثَ اللَّهُ المَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ، فَيَنْزِلُ عِنْدَ المَنَارَةِ البَيْضَاءِ شَرْقِيَّ دِمَشْقَ، بيْنَ مَهْرُودَتَيْنِ، وَاضِعًا كَفَّيْهِ علَى أَجْنِحَةِ مَلَكَيْنِ
“Ketika Allah mengutuskan Nabi Isa anak Maryam a.s maka baginda turun dekat menara berwarna putih disebelah timur Kota Damsyik dengan memakai dua pakaian yang dicelup dan kedua tapak tangan baginda diletakkan atas sayap dua orang malaikat.” [Riwayat Muslim no 2937]

Menurut setengah ulama’ Nabi Isa a.s akan tinggal di bumi selama 7 tahun kerana berdalil dengan hadith yang diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a bahawa Rasululah saw bercerita:

فيُهْلِكُه ، ثم يمكثُ الناسُ سبعَ سِنِينَ ، ليس بين اثنينِ عداوةٌ
“Kemudian Nabi Isa a.s membunuh akan Dajjal dan selepas itu tinggal bersama manusia selama tujuh tahun yang selama itu tiada lagi berlaku permusuhan antara manusia.” [Riwayat Muslim]

Manakala setengah ulama’ mengatakan Nabi Isa a.s akan tinggal dibumi selama empat puluh tahun kerana berdalil dengan hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah r.anha katanya Rasulullah saw bersabda:

ويهلك المسيح الدجال فيمكث في الأرض أربعين سنة ثم يتوفى فيصلي عليه المسلمون
“Nabi Isa a.s akan membinasakan Al-Masih Dajjal dan tinggal di bumi selama empat puluh tahun kemudian baginda pun wafat dan sembahyang atasnya oleh sekalian orang Islam.” [Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban dan Ibnu Abi Syaibah]

Dan hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda:

ويهلك الله في زمانه الملل كلها إلا الإسلام، ويهلك المسيح الدجال، فيمكث في الأرض أربعين سنة، ثم يتوفى، فيصلي عليه المسلمون
“Pada zaman turunnya Nabi isa a.s, Allah akan membinasakan sekalian agama selain agama Islam dan baginda akan membunuh Dajjal dan tinggal di bumi selama empat puluh tahun. Kemudian dari itu maka baginda pun wafat dan baginda disembahyangkan oleh sekalian orang Islam.” [Riwayat Ahmad dan Abu Daud]

Menurut Imam Ibnu Kathir jika kedua hadith ini disatukan maka jadilah maknanya Nabi Isa a.s hidup sebelum dinaikkan ke langit selama tiga puluh tiga tahun dan hidup selepas turun dari lagit selama tujuh tahun maka jadilah jumlahnya empat puluh tahun.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas