Connect with us

Oh! Media

Tempahan E-Hailing Bongkar Kematian Pensyarah!

Ohmedia bunuh 1jpg

Umum

Tempahan E-Hailing Bongkar Kematian Pensyarah!

Hangat sekarang ini mengenai seorang pensyarah yang meninggal dunia akibat dijerut dengan tudung oleh suaminya akibat tidak berpuas hati dengan tindakan wanita berkenaan memfailkan penceraian meskipun sebelum itu suami berkenaan sudahpun melafazkan penceraian.

Hari ini terdapat petunjuk terbaru yang mengukuhkan lagi bahawa pembunuh sebenar kepada pensyarah berkenaan adalah suami pensyarah berkenaan. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff mendedahkan bahawa tindakan suami pensyarah berkenaan membuat tempah e-hailing terus ke tempat kejadian membuktikan segalanya.

Sekiranya suspek ingin mencari si mati mestilah di beberapa kawasan, sebaliknya suspek terus menuju ke tempat mangsa dibunuh. Susulan itu polis menahan suspek untuk siasatan lanjut.

IKLAN
Sumber gambar dari Harian Metro

Dipercayai tindakan berkenaan dilakukan adalah untuk mengaburi perbuatannya namun berjaya dikesan oleh pihak polis. Pihak polis sudah mengenal pasti motif utama pembunuhan berkenaan. Untuk info, pensyarah berkenaan adalah kaktiangan Kuliyyah Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

OHMEDIA: SEMOGA KEADILAN UNTUK ARWAH DITEGAKKAN.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca mengenai pembongkaran kematian pensyarah di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas