Connect with us

Oh! Media

Tembakan Luar Masjid, Penembak Bunuh Diri Selepas Cederakan Seorang Imam

Umum

Tembakan Luar Masjid, Penembak Bunuh Diri Selepas Cederakan Seorang Imam

ADVERTISEMENT
Sekurang-kurangnya dua mangsa cedera, salah seorangnya seorang imam tempatan selepas ditembak di luar sebuah masjid di Brest, barat Perancis, semalam.
Menurut polis. Imam Rachid El Jay, ditembak dengan 4 biji peluru, 2 di abdomen dan 2 lagi dikaki, manakala seorang lagi jemaah, ditembak dengan 2 biji peluru pada bahagian kaki.
Pendakwa raya Brest, Jean-Philippe Recappe, berkata seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ketika jemaah meninggalkan masjid itu di kejiranan Pontanezen.
Katanya, motif serangan itu sama ada bermotifkan agama, dendam atau berpunca daripada faktor lain masih tidak diketahui. Stesen televisyen kerajaan, France 3 melaporkan suspek masih diburu.
Walaubagaimanapun, seorang sumber polis berkata penembak yang disyaki itu ditemui mati di kawasan berhampiran lapangan terbang, kira-kira 10 kilometer (enam batu) dari masjid, dengan luka tembak menembak mati kepala selepas bunuh diri. Sumber itu mengatakan bahawa lelaki bersenjata itu meninggalkan dokumen bertulis di mana mayatnya ditemui.
“Dia tidak dikenali oleh polis, tidak berpihak mana-mana gerakan kanan,” kata sumber berkenaan.
Sumber : MyMetro dan News Straits Times

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Youtube Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas