Connect with us

Telekom Malaysia Lanjutkan Pas Hotspot LTE 999GB, Pas Data Mingguan Tanpa Had Selari Dengan PKP

Umum

Telekom Malaysia Lanjutkan Pas Hotspot LTE 999GB, Pas Data Mingguan Tanpa Had Selari Dengan PKP

Sepertimana yang kita semua tahu, Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yaasin baru saja mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April nanti. Mesti ada antara korang yang kena bekerja dari rumah dan tiada wifi , cuma mengharapkan hotspot semata untuk cari segala info kan? Ohmedia ada berita baik untuk korang, kini Telekom Malaysia juga selarikan penawaran Unifi Mobile kepada 14 April yang sebelum ini dihadkan sehingga 31 Mac mengikut tempoh PKP.

Pas hotspot 999GB LTE akan diberikan kepada pengguna Unifi Mobile 99, webe RM79 dan Unifi Mobile Pek Jasa secara percuma dan kepada pengguna Unifi Mobile #BEBAS pula, akan dapat pas mingguan tanpa had.

Dengan apa yang telah ditawarkan Telekom Malaysia, semua pengguna Unifi Mobile boleh melayari internet dengan mudah dan pantas walaupun dimana saja anda berada (mengikut coverage yang tersedia) serta boleh mendapatkan informasi terkini dengan mudah.

Terima kasih Telekom Malaysia. Apa yang TM tawarkan ini sangatlah baik dan korang jangan pula guna untuk benda yang bukan-bukan ya! Carilah benda-benda yang bermanfaat dan yang boleh membina diri korang dimasa akan datang. Maklumlah, ilmu takkan pernah habis untuk diperoleh dan gunakanlah ia sepanjang tempoh PKP ini berlangsung dengan baik gais.

Sumber : Amanz

+ Baca respon pembaca TM tawarkan pas hospot LTE 999GB sehingga 14 April di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top