Connect with us

Oh! Media

Tegar Serik Ditipu Dan Ingin Bangkit

Ingat tegar si pengamen cilik ini kabar terbarunya 170419fjpg

Umum

Tegar Serik Ditipu Dan Ingin Bangkit

Apabila kita melihat dan mendengar nama penyanyi remaja Indonesia, Tegar Septian, pasti kita akan teringat seorang budak jalanan dengan lagu Aku Yang Dulu. Kita juga pasti mengetahui bahawa Tegar juga mempunyai pengalaman pahit dikala sedang miningkat apabila sering ditipu beberapa kali sejak mencipta nama pada 2013 sehingga menyebabkan kerugian ratusan ribu ringgit.

“Perjalanan hidup saya sangat luar biasa, membuatkan ada sahaja pihak yang cuba ambil kesempatan. Saya sudah serik kerana ia bukan sekali berlaku. Saya juga pernah duduk di rumah sepanjang 2015 kerana tiada tawaran.

“Hanya pada 2016, baru saya mendapat semangat untuk kembali menyanyi. Semua yang berlaku dulu membuatkan saya lebih berhati-hati. Saya tidak lagi mudah mempercayai orang luar dan banyak belajar daripada kesilapan lalu,” katanya.

IKLAN

Kini Tegar bersama bapanya ke Malaysia bagi mempromosikan single terbarunya iaitu Tetaplah Di Hati. Tegar juga memberi tahu bahawa kini dia dibawah pengurusan Halo Entertainment, Indonesia, manakala di Malaysia diuruskan oleh Padi Records.

Tegar juga menyatakan dia sudah sedar dan perlu bangkit kerana masih muda dan perlu bekerja lebih keras untuk menanggung perbelanjaan empat adiknya.

Oh! Media: Tegar kini berusia 17 tahun dan memang betul, masih terlalu awal untuk dia berputus asa selepas dari apa yang berlaku. Apa-apapun jadikan ia sebagai satu pengajaran dan pengalaman yang membina untuk terus maju kehadapan. Semoga sukses terus Tehar.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas