
Umum
Tayar Tercabut, Pesawat Bawa Pesakit Covid-19 Terpaksa Buat Pendaratan Cemas
Oleh
Sebuah pesawat jenis Beechcraft VT-JIL yang merupakan sebuah pesawat perubatan yang membawa pesakit Covid-19 terpaksa membuat pendaratan kecemasan apabila roda pesawat tercabut ketika ingin berlepas.
Menurut Laporan Hindustan Times, kejadian yang berlaku semalam di India pada pukul 9.03 waktu tempatan itu yang mana pesawat terbabit mengalami masalah ketika ingin berlepas di Lapangan Terbang Nagpur, Maharashtra, selepas berhenti seketika untuk mengisi minyak.
Pesawat yang dalam perjalanan dari Bagdogra ke Mumbai itu membawa dua orang kru, seorang pesakit Covid-19, seorang ahli keluarga dan seorang doktor dan tiada kecederaan
Pesawat terbabit dilaporkan mendarat menggunakan bahagian perut pesawat menyebabkan petugas petugas di Lapangan Terbang Chhatrapati Shivaji Maharaj bertindak pantas menyembur buih di atas landasan bagi mengelakkan kebakaran berlaku.

Menteri Kesatuan, Hardeep Singh Puri berkata, pesawat terbabit mengalami saat genting apabila tayar pada pesawatnya tercabut selain turut memuji tindakan pantas petugas yang terlibat
Rakaman video menunjukkan saat-saat genting pesawat perubatan itu mendarat menggunakan bahagian perutnya setelah rodanya tercabut ketika berlepas di Nagpur.
Kesemua penumpang selamat. Tahniah kepada kru dan petugas darat
Susulan kejadian, 27 landasan di lapangan terbang tersebut ditutup sehingga pukul 2 pagi hari ini ( waktu tempatan).
Kredit: Kosmo!, Hindustan Times
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media
