Connect with us

Oh! Media

Tasawuf Tanpa Fekah

img 0522png

Umum

Tasawuf Tanpa Fekah

SOALAN:
Adakah tasawuf itu lebih tinggi dari syariat kerana ada sesetengah orang yang mendakwa bahawa orang tasawuf tidak wajib mengikut hukum fekah kerana hukum tasawuf lebih tinggi dan orang tasawuf itu mempunyai kasyaf?

JAWAPAN:
Tidak benar bahawa dikatakan tasawuf lebih tinggi dari syariat atau fekah. Yang betulnya keduanya tasawuf dan syariat atau fekah adalah saling memerlukan antara satu sama lain. Tanpa tasawuf maka hati penuh dengan kekotoran manakala tanpa syariat maka tinggallah iman dalam keadaan tidak berpakaian.

Sekalipun seorang itu diberikan oleh Allah akan kasyaf maka tetap didahulukan hukum syarak. Kasyaf yang belawanan dengan syarak tidak boleh diamalkan apalagi dijadikan kepercayaan. Tujuan ilmu tasawuf ialah mendidik hati supaya bersih dari segala kekeruhan yang ia tempat tilik Allah Taala manka tujuan syariat ialah mendidik anggota badan dengan mentaatai Allah.

IKLAN

Berkata Syeikh Abdul Wahab As-Sya’rani: Telah berkata oleh Imam Abu Al-Hasan As-Syazili:

إذا عارض كشفك الكتاب والسنة، فتمسك بالكتاب والسنة، ودع الكشف، وقل لنفسك: إن الله تعالى قد ضمن لي العصمة في الكتاب والسنة، ولم يضمنها في جانب الكشف ولا الإلهام ولا المشاهدة، مع أنهم أجمعوا على أنه لا ينبغي العمل بالكشف ولا الإلهام إلا بعد عرضه على الكتاب والسنة
“Apabila bertentangan oleh kasyafmu akan al-Quran dan Sunnah maka pegang olehmu akan al-Quran dan Sunnah dan tinggalkan akan kasyaf itu. Dan katakanlah bagi dirimu: Sesungguhnya Allah Taala menjamin bagiku pemeliharaan di dalam al-Quran dan Sunnah dan tidak menjamin pemeliharaan itu pada kasyaf dan tidak juga pada ilham dan tidak juga pada muasyahadah serta mereka itu telah ijma’ atas bahawa tiada sayugia mengamalkan dengan kasyaf dan tidak juga ilham melainkan kemudian dari dilintangkannya atas al-Quran dan Sunnah.” (Kitab Tabaqah Kubra)

Dan berkata Al-Allamah Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaah:

فالشيخ الصوفي لا يجوز له مخالفة الشرع بدعوى اختبار المريد، ومن يفعل ذلك لا يمكن أن ننسبه إلى التصوف، فالتصوف واضح وظاهر في التزامه بالكتاب والسنة وعدم خروجه على الشرع الشريف.
“Bermula pemimpin tasawuf itu tiada harus dia menyalahi syarak dengan mendakwa sebagai ujian atas murid. Siapa yang melakukan yang demikian itu maka tiada mungkin dibangsakan kepada tasawuf. Maka tasawuf itu jelas dan terang pada pergantungan kepada al-Quran dan Sunnah dan tiadalah keluarnya dari jalan syariat yang mulia.”

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas