Connect with us

Oh! Media

Tarikh Mula Puasa Bulan Ramadhan 2018 Malaysia

Umum

Tarikh Mula Puasa Bulan Ramadhan 2018 Malaysia

Pada tahun ini, seluruh umat Islam Malaysia sekali lagi berpeluang dalam menyambut kedatangan  bulan Ramadhan. Kita perlu berasa bersyukur dan berdoa agar kita sama-sama dapat melaksanakan tanggungjawab ini dan diberi kesihatan yang baik.

ADVERTISEMENT

Oleh itu, seluruh umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun 2018 mulai pada tarikh 17 Mei 2018 bersamaan 1 Ramadhan 1439 Hijrah.

Pemakluman ini adalah berdasarkan rujukan tarikh-tarikh penting dalam islam tahun 2018/1439-1440H Malaysia yang diterbitkan oleh Panel Pakar Falak Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Tarikh penetapan permulaan puasa bulan Ramadhan 2018  pada 17 Mei, Khamis ini bagi negeri-negeri seluruh Malaysia nanti akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad secara langsung melalui radio dan televisyen sekitar jam 8 malam pada hari Selasa, 15 Mei 2018 bersamaan 29 Syaaban 1439H.

Selamat menunaikan ibadah puasa diucapkan kepada seluruh Malaysia. Puasa, jangan tak puasa…

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas