Connect with us

Oh! Media

‘Tangan Ayah Kamu Yang Berdaki Dan Berkedut Itulah Yang Mencari Rezek’ – Cikgu Emmet

Ohmedia ayah pelajar 1jpg

Umum

‘Tangan Ayah Kamu Yang Berdaki Dan Berkedut Itulah Yang Mencari Rezek’ – Cikgu Emmet

 

Hari ini saya buat ceramah motivasi HIPERS bersama calon-calon upsr 2017 dan ibubapa mereka. Saya cuba membuat kelainan sedikit dalam slot sentuhan kalbu.

Setiap murid dibekalkan sekeping tisu basah di pertengahan program. Waktu itu mata anak-anak sudah berkaca dan mengalir bening air jernih di pipi.

Saat mereka ingin mengelap airmata saya pun berkata. Jangan kamu lap tisu itu pada mata kamu. Tisu basah itu bukan untuk kamu. Pegang tangan ibu dan bapa. Cikgu mahu kamu gosok tangan ibu bersih bersih. Gosok tangan ayah kamu bersih-bersih dengan tisu basah itu.

IKLAN

Lihatlah tangan itu yang menyuap kamu makan semasa kamu masih kecil. Tangan yang kamu lap itulah tangan ibu yang membuat susu kamu, memimpin kamu sekolah, menyarung baju malah membasuh najis kamu semasa kamu kecil.

Tangan ayah kamu yang berdaki dan berkedut itulah yang mencari rezeki untuk makan anak-anaknya. Yang berkerja keras membanting tulang untuk keluarga.

Bayangkan kalau kamu lap tangan ibu dan ayah ini buat kali terakhir. Bagai memandikan jenazah mereka. Apakah kamu masih mahu derhaka?

Maka berderailah airmata ibu dan bapa. Mereka berpelukan dan menangis bersama sama. Semoga airmata ini menyucikan hati anak anak semua.

Terima kasih kepada ibu bapa Sekolah Kebangsaan Engkilili No 1 kerana hadir dan komited dalam program ini. Tahniah kepada guru besar Encik Ugil kerana mengambil langkah proaktif membina motivasi murid.

Terima kasih jawatankuasa pengelola yang terdiri dari guru-guru dan AKP Sekolah Kebangsaan Engkilili No 1 yang melaksanakan motivasi ini.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas