Connect with us

Oh! Media

Tanam Anggota Badan Yang Dipotong

Umum

Tanam Anggota Badan Yang Dipotong

ADVERTISEMENT
Soalan:
Bapa saya ada penyakit kencing manis dan kakinya terpaksa dipotong oleh doktor. Bagaimana cara menguruskan kaki yang dipotong itu adakah dimandikan dan disembahyangkan atau ditanam sahaja tanpa mandi dan sembahyang?
Dan bagaimana pula kalau seorang yang mati dimakan harimau kemudian setelah dicari tidak berjumpa mayatnya melainkan kakinya sahaja?
Jawapan:
Anggota badan manusia yang terpotong seperti kaki dan empunyanya masih hidup hendaklah ditanam sahaja dan tidak disembahyangkan dan tidak dimandikan.
Berkata Imam Nawawi:
ونقل المتولي رحمه الله الاتفاق على أنه لا يغسل ولا يصلى عليه فقال: لا خلاف أن اليد المقطوعة في السَّرقة والقِصاص لا تغسل ولا يُصلَّى عليها، ولكن تلفُّ في خِرقة وتدفن وكذا الأظفار المقلومة والشَّعَر المأخوذ من الأحياء لا يصلَّى على شيء منها، لكن يستحَبُّ دفنها
Telah menuqilkan olih Imam Al-Mutawali akan sepakat ulamak atas bahawasanya tidak dimandikan dan tidak disembahyangkan atasnya. Maka berkata ia: “Tidak ada perselisihan bahawa tangan yang terpotong pada kes hudud mencuri dan qisas tidak dimandikan dan tidak disembahyangkan atasnya dan tetapi dibungkus dalam sehelai kain dan kemudian ditanam.” (Al-Majmu’ Syarah Muhazzab : 5/254)
Pada masalah kedua dimana hanya kaki mayat yang dijumpai maka hendaklah dimandikan dan disembahyangkan.
Berkata Imam Nawawi:
في مذاهب العلماء فيما إذا وجد بعض الميت قد ذكرنا أن مذهبنا أنه يصلى عليه سواء قل البعض أم كثر
“Pada mazhab ulama’ pada masalah apabila dijumpai sebahagian sahaja mayat maka telah kami sebutkan pada mazhab kami bahawasanya disembahyangkan atasnya samada sedikit sahaja anggota yang dijumpai itu atau banyak.” (Al-Majmu’ Syarah Muhazzab)
Kesimpulannya anggota badan manusia yang dipotong dan empunyanya masih hidup seperti kes kaki yang dipotong sebab penyakit kencing manis maka hanyalah ditanam sahaja tidaklah dimandikan dan tidak disembahyangkan.
Jika empunyanya sudah mati dan dijumpai sebahagian anggota sekalipun sedikit sahaja yang dijumpai maka dimandikan dan disembahyangkan dan ditanam akan dia.
Wllahua’lam.

+ Ustaz Azhar Idrus (Original)


+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas