Connect with us

Oh! Media

Ayah Tampar Budak Sebab Anaknya Dikutuk

Untitled2bdesign2b2528162529png

Umum

Ayah Tampar Budak Sebab Anaknya Dikutuk

Baru-baru ni, ayah kepada seorang mangsa buli telah pun menampar dua orang remaja lelaki kerana dikatakan diorang ni telah bercakap buruk pasal anaknya. Perkara ni berlaku pada 13 Mei lalu selepas ayah mangsa telah diberitahu oleh isterinya yang anak mereka telah pun dikutuk oleh sekumpulan lelaki tu.

Ayah mangsa telah menghubungi salah seorang daripada sekumpulan pembuli tu dan mengaturkan pertemuan untuk berjumpa sendiri orang-orang yang mengutuk anaknya. Kedua-dua remaja tu masih lagi menafikan yang mereka mengutuk anaknya tapi masa pertemuan kali kedua, salah seorang daripada mereka tiba-tiba mengaku dan terus ayah mangsa tampar lelaki tu sebanyak dua kali dan ada juga memberikan amaran.

Dia meminta supaya diorang ni tidak lagi buat perbuatan macam tu pada masa akan datang tapi selepas tu, mangsa yang ditampar tu telah pun membuat laporan polis. Dengan kesalahan sengaja memukul secara sengaja, ayah mangsa buli tu boleh dikenakan denda sehingga RM15,200 dan dipenjarakan selama dua tahun atau kedua-duanya.

IKLAN

Sumber : Siakap Keli

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media


Oh Youtube


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas