Connect with us

Oh! Media

Tak Tolak Jodoh Dengan Joy Revfa

Umum

Tak Tolak Jodoh Dengan Joy Revfa

Rupa-rupanya pelakon Fahmy Reza lah yang jejaka misteri Joy Revfa upload di Instagram. Dia mengaku tengah mengenali hati budi masing-masing, malah dia tak kisah kalau ditakdirkan jodoh. Diaorang berdua ni sebenarnya berasal dari Kuantan, Pahang dan dah lama kenal pun sebagai kawan.

ADVERTISEMENT

Benar, kami sedang mengenali hati budi masing-masing, namun jika ditakdirkan bertemu jodoh pada masa hadapan, saya tidak menolak. Buat masa ini, kami masih berkawan. Biarpun sudah lama kenal antara satu sama lain, perasaan untuk mengenali lebih jauh hanya berputik, baru-baru ini. Jika diikutkan, saya belum bersedia memberikan sebarang komen mengenai hubungan kami. Saya juga tidak pernah memuat naik gambar kami berdua kerana menganggap, masih terlalu awal berbuat demikian. Jika ada berita baik nanti, pasti akan dikongsikan kepada umum.

Kalau boleh, pelakon tu tak nak dirinya terjerat dengan kontroversi. Apapun, kita doa jelah yang baik-baik untuk diaorang okay!

Saya mahu dikenali kerana bakat, jadi saya bimbang dianggap cuba menumpang populariti Joy apabila memuat naik gambar kami berdua. Saya juga bukan suami orang atau duda, malah belum pernah mendirikan rumah tangga.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas