Connect with us

Oh! Media

Tak Perlu Keluar Duit Beribu-Ribu, Lelaki Ini ‘Transform’ Bilik Air Menjadi Lebih Eksklusif!

Umum

Tak Perlu Keluar Duit Beribu-Ribu, Lelaki Ini ‘Transform’ Bilik Air Menjadi Lebih Eksklusif!

Ohmedia rasa tertarik dengan perkongsian seorang pengguna yang dikenali sebagai Arif Jemali di laman Twitter kerana baru-baru ini dia menunjukkan cara-cara untuk hiaskan bilik air sehingga nampak seperti lebih eksklusif.

ADVERTISEMENT

Murah jer gais! Korang tak perlu keluarkan duit beribu-ribu semata-mata ingin mencantikkan bilik air. Apa yang paling penting, korang kenalah berfikir secara kreatif macam mana nak hiaskan rumah dengan menggunakan barang murah jer.

Jom kita tengok apa yang nak dikongsikan oleh Arif Jemali dekat bawah ni. Semoga tips ni berguna buat korang semua!

Puas hati aku deco tandas rumah mak aku. Lepas ni makin lenguh lah kaki aku membuang. Aku nak racun korang buat benda sama, pahala wakaf korang juga ni tandas hari-hari guna hehe. Semoga bermanfaat.

Wallpaper PVC. Dekat shopee banyak ya, korang boleh beli ikut cita rasa sendiri. Aku pilih black tiles.

Korang boleh dapatkan wallpaper macam dekat dalam gambar tu di sini.

Toilet cover (RM9.50) Nampak tak sampai berubah warna dia hahaha. Coi tak apa kita tukar. Gentle murah. Tapi korang jangan lupa ukur dulu tau nanti curving dia tak sama. 

Psst! Nak dapatkan toilet cover tu pula, boleh klik sini.

Phone and tissue holder. Ni memang tempat aku letak phone. Ye lah takkan nak letak dekat lantai kan? Bosan dengar lah lagu, main game ke hehehe.

Floor. Lantai aku pakai lebihan Vinyl flooring dekat bilik aku. Ingatkan nak buat epoxy atas dia. Tapi mahal juga. But so far okat je pakai ni sebab still PVC. Life hacks sikit pakai masking tape.

PVC pipe. Kasi ikut warna wallpaper. Kita spray black.

Skirting. Macam-macam warna ada. Pilih mana yang berkenan okay.

Lampu. Untuk lighting yang mantap terang, korang boleh jenguk hajat korang warna apa untuk memastikan tahap kesihatan korang baik-baik jer.

Geng kita shopping dekat Mr. DIY je.

(Optional) Toilet Rack. Aku beli lepas tu tengok macam sempit. Tak jadi pakai hahaha.

Ceiling exhaust fan. Yang sumpah function. Tengah berak pun boleh berpeluh sebelum ni korang bayang lah panas dia macam mana. So kita nak feeling feeling sejuk boleh install ni.

Process pasang ceiling exhaust fan. Mesti lah kena buat lubang ya dok? Dalam bumbung ni sumpah panas. Dah embed terus wiring sekalikan dengan suis lampu tandas yang baru tu.

Soap bottle holder. Senang tak ada tercari-cari nak lepas cebok. Gunakan sebaiknya jangan jirus jer taik sendiri pun geli.

Towel holder. Gantung elok-elok ya walaupun tak tahan nak yakyak.

Enjoy every moment guys.

Bunga hiasan. I know semua orang tahu barang IKEA ni HAHAHHA. Search je FEJKA POTTED PLANT.

Berak kencing cangkung ya, sunnah. Nah pi beli letak satu dekat rumah. Niatkan wakaf, hari-hari orang guna tandas tau.

Kalau korang nak tahu dengan lebih terperinci mengenai hiasan bilik air yang dikongsikan oleh Arif Jemali, bolehlah klik kredit dekat bawah ni okay? Selamat mencuba!

OHMEDIA: CANTIK BETUL DIA HIAS TOILET MAK DIA!

Kredit: Arif Jemali

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas