Connect with us

Oh! Media

Taiping Dinobatkan Sebagai Bandar Ketiga Terbaik Di Dunia

Img 6770 1024x768jpg

Umum

Taiping Dinobatkan Sebagai Bandar Ketiga Terbaik Di Dunia

Siapa sangka nama Taiping kini dikenali di dunia apabila kini Bandar Taiping dinobatkan sebagai bandar ketiga terbaik di dunia.

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini Taiping telahpun tersenarai sebagai antara 100 Destinasi Lestari Terbaik 2018 dan bandar warisan Taiping ini nampaknya sekali lagi membawa nama Perak dan Malaysia setelah tersenarai sebagai Bandar Ketiga Terbaik Dunia di Anugerah Peringkat Antarabangsa Bagi Pelancongan Lestari Dunia 2019.

Pengiktirafan yang diumumkan di ITB Berlin, Jerman semalam ini merupakan anugerah berprestij dan bertaraf dunia itu pertama kali diterima bandar berkenaan walaupun sebelum ini sudah menerima beberapa anugerah lain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa antaranya ‘Best Destination Manager 2016’ yang dianugerahkan oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Bandar Raya Asia Pasifik dan anugerah Emas Majlis Pelancongan Malaysia 2017 dalam kategori Destinasi Pelancongan Warisan.

IKLAN

Bagi tempat pertama bandar terbaik di dunia pula menjadi milik Ljubijana di Slovenia dan Vancouver di Kanada berada di tempat kedua.

Sumber: Bernama

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Oh Media Gaming atau lebih dikenali dengan panggilan OMG merupakan sebuah lagi produk Oh! Media yang ditubuhkan atas dasar minat kami dalam dunia permainan video dan demi menyahut seruan dalam memajukan Sukan Elektronik (e-Sport) di Malaysia.

Banyak yang disediakan OMG hanya untuk korang merasai sendiri pengalaman bermain permainan elektronik seperti Playstation 4, Nintendo Switch, Xbox, Racing Simulator, NesClassic dan banyak lagi.

So, korang yang belum lagi sampai OMG tu boleh terus search Google Maps atau Waze “Oh Media Gaming” dan ikuti kami di Facebook Oh Media Gaming – OMG dan Instagram @ohmediagaming.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas