Connect with us

Oh! Media

(Tahniah) Puteri Sarah Kini Hamil 3 Bulan

Umum

(Tahniah) Puteri Sarah Kini Hamil 3 Bulan

Tahniah diucapkan kepada pasangan romantis, Syamsul Yusuf dan isterinya Puteri Sarah Liyana kerana bakal menimang cahayamata pertama tidak lama lagi kerana Sarah kini sedang hamil 3 bulan. Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh Syamsul.

ADVERTISEMENT

“Sebenarnya saya tak mahu beritahu orang lain sebab bimbangkan kandungan Sarah yang masih di peringkat awal. Malah, saya hanya memberitahu ayah dan ibu saya pada raya haji yang lalu.

Tak sampai hati nak berahsia lebih lama bila melihat ayah saya bermain-main dengan cucu dia yang lain. Kali ini saya meminta Sarah mengurangkan kerjanya di butik”

Kami mengambil tambahan pekerja agar Sarah tidak perlu ke butik di Bangsar setiap hari. Saya juga tak izinkan dia berlakon ketika hamil ini.

Saya sendiri membantu menjaga kandungan Sarah dengan menyediakan pemakanan yang sihat sesuai dengan wanita hamil. Kena banyak-banyak bersabar jugalah,” katanya kepada Utusan Online berhubung perkara itu.

Puteri Sarah sebelum ini pernah mengalami keguguran pada awal perkahwinan mereka. Tahniah sekali lagi kepada pasangan bahagia ini. 

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas