Connect with us

Oh! Media

Tabung Harapan Malaysia – Lebih RM18 Juta Terkumpul Kurang 48 Jam

Oh! Negara

Tabung Harapan Malaysia – Lebih RM18 Juta Terkumpul Kurang 48 Jam

Lebih RM18.6 juta telah dikumpulkan Tabung Harapan Malaysia setakat 3 petang tadi. Jumlah ini meningkat lebih dua kali ganda daripada jumlah yang dikumpulkan semalam, iaitu sebanyak RM7 juta.

ADVERTISEMENT

Tabung Harapan Malaysia ditubuhkan pada Rabu lalu sebagai hasrat rakyat Malaysia yang ingin menyumbang terhadap ikhtiar kerajaan untuk mengurangkan tahap hutang negara. Putrajaya berkata hutang dan liabiliti negara melebihi RM1 trilion.

The Star sebelum ini melaporkan terdapat akaun palsu yang menyamar sebagai Dana Harapan atau Tabung Harapan. Nombor akaun rasmi Maybank untuk Tabung Harapan Malaysia adalah 5660 1062 6452.

Sementara itu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam suatu kenyataan mengucapkan terima kasih atas sumbangan sukarela dan derma ikhlas rakyat Malaysia.

OH! MEDIA: MEMANG PEMURAH BETUL RAKYAT MALAYSIA NI KAN? TERBAIK!

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas