Connect with us

Oh! Media

Syukur Dan Sabar Sifat Seorang Mukmin

Umum

Syukur Dan Sabar Sifat Seorang Mukmin

Diriwayatkan daripada Suhaib r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

ADVERTISEMENT

عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
“Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin itu kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” (HR Muslim)

Pengajaran Hadith:

– Setiap orang Mukmin yang sempurna keimanannya akan sentiasa mendapat kebaikan dalam urusannya kerana dia sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah berikan. Manakala apabila ditimpa kesusahan dia akan bersabar dan redha dengan ujian tersebut kerana dengan kesabaran itu akan menaikkan kedudukannya serta dianugerahkan pahala berlipat ganda daripada Allah Taala.

– Seseorang yang tidak beriman akan ditimpa musibah kerana hatinya sentiasa keluh kesah, jiwa yang selalu meronta dan terseksa. Hatinya sentiasa dipenuhi perasaan hasad dengki, kemarahan dan memberontak. Yang baik akan dilihatny sebagai keburukkan manakala yang buruk dicainya habis-habisan. Tidak pernah redha walaupun telah banyak diberikan pelbagai nikmat kerana dia tidak bersabar di atas musibah tersebut. Akhirnya dia menjadi seorang yang buta nikmat dan buta kepada yang memberi nikmat.

– Pentingnya sifat syukur apabila seseorang mendapat kebaikan dan bersabar apabila ditimpa musibah kerana ianya menjadikan seseorang itu sebenar-benar Mukmin tetapi amatlah sedikit dalam kalangan hamba yang diberikan dua sifat ini. Oleh itu taufik dan hidayah Allah amat diperlukan untuk meraih anugerah ini kerana sifat syukur dan sabar itu adalah sebaik-baik nikmat yang Allah berikan kepada hamba-hamba-Nya.

Wallahu a’lam

+ Ustaz Azhar Idrus

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas