Connect with us

Oh! Media

Syed Saddiq Tempelak Bos Foodpanda Keluar Kenyataan Angkuh!

Umum

Syed Saddiq Tempelak Bos Foodpanda Keluar Kenyataan Angkuh!

Sumber gambar dari MalaysiaKini

Masih panas isu ini sejak minggu lepas mengenai pengurusan syarikat penghantaran Foodpanda dengan rider-rider mereka. Dikatakan pengurusan telah memperkenalkan skim upah yang terbaru dimana upah jam bekerja dimansuhkan pada skim baru ini. Susulan dari pengenalan berkenaan, rider-rider Foodpanda telah melancarkan mogok di beberpa tempat untuk tidak mengambil sebarang pesanan dari pelanggan kerana merasakan skim terbaru ini tidak adil.

ADVERTISEMENT

Syed Saddiq telah bertindak mengadakan perbincangan dengan pengurusan tertinggi berkenaan. Namun pengurusan tetap dengan pendirian bahawa skim upah terbaru ini sangat baik kerana dapat meningkatkan lebih lagi pendapatan bulanan rider-rider Foodpanda. Semalam ketika taklimat yang dijalankan disebuah hotel di KL, pengarah urusan Foodpanda, Sayantan Das mengeluarkan kenyataan angkuh mereka tidak bermasalah sekiranya rider-rider melancarkan mogok.

“Jika awak (penghantar) tidak mahu kerja, tolong berikan atau tukar awak punya syif pada penghantar lain sebab awak menjejaskan kehidupan mereka,” kata Sayantan Das.

Dalam ciapan Syed Saddiq di Twitter semalam, menyatakan pandangannya terhadap kenyataan dari ‘bos’ Foodpnda.


Ohmedia memang pengguna tegar perkhidmatan ini, namun untuk menyatakan solidariti kepada rider-rider Foodpanda, Ohmedia sendiri mula ‘uninstall’ aplikasi berkenaan di telefon. Selaim Ohmedia, beberapa pengikut Ohmedia turut lakukan hal yang sama. Korang bila lagi?

Sumber: MalaysiaKini

+Baca respon pembaca Oh! Media.


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas