Connect with us

Oh! Media

Syed Saddiq Menjadi Pemudah Cara Bagi Menghantar Memorandum Desak P Waytha Moorthy

20180802ym19jpg

Oh! Negara

Syed Saddiq Menjadi Pemudah Cara Bagi Menghantar Memorandum Desak P Waytha Moorthy

Kini sedang ada satu memorandum bagi mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy bagi meletak jawatannya dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah membantu untuk membawa suara desakan berkenaan untuk sampai terus ke pengetahuan Perdana Menteri.

Difahamkan, Syed Saddiq bersama tiga lagi EXCO Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ketika penyerahan memorandum itu di Pejabat Perdana Menteri, semalam.

Sumber memberitahu NSTP, Syed Saddiq selaku Ketua ARMADA bertaraf menteri hanya menjadi ‘pemudah cara’ bagi beberapa rakannya untuk menghantar terus memorandum berkenaan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

IKLAN

Turut difahamkan, penyerahan memorandum kepada Perdana Menteri diadakan semalam, secara senyap tanpa menguar-uarkan kepada umum khususnya pihak media.

Penyerahan memorandum itu antara desakan dan tuntutan selepas Waytha Moorthy dikatakan gagal meredakan ketegangan kaum dalam insiden kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman, Seafield dekat Subang Jaya.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas