Connect with us

Oh! Media

Syed Saddiq dan Penyokong Harimau Malaya, Mangsa Provokasi Melampau Penyokong Garuda!

Umum

Syed Saddiq dan Penyokong Harimau Malaya, Mangsa Provokasi Melampau Penyokong Garuda!

Semalam telah berlangsung perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 yang menemukan seteru tradisi Harimau Malaya, iaitu Garuda Indonesia. Perlawanan semalam menyaksikan pasukan Indonesia kecundang dilaman sendiri di Stadium Gelora Bung Karno, stadium keramat bagi pasukan Indonesia di tangan pasukan Malaysia dengan kesudahan jaringan, 3-2.

ADVERTISEMENT

Namun beberapa cerita yang kurang sedap didengar sebelum perlawanan bermula. Dimana provokasi melampau oleh penyokong tuan rumah kepada penyokong pasukan Malaysia. Satu klip video dikongsikan oleh sebuah akaun Instagram yang menunjukkan sekurang penyokong Malaysia untuk memasuki stadium kerana dilepar dengan beberapa objek.





Kemuncak pada provokasi adalah sewaktu permainan terikat dengan jaringan 2-2 antara kedua-dua pasukan. Menyaksikan perlawan terpaksa ditangguhkan beberapa  minit kerana ada diantara penyokong tuan rumah yang bertindak diluar kawalan, menyebabkan 8 minit masa tambahan terpaksa diberikan oleh pengadil perlawanan.

Turut menjadi mangsa provokasi berkenaan adalah Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan. Menurut beliau, beberapa penyokong cuba merempuh masuk kekawasan penyokong Malaysia. Syed Saddiq berkata, beliau akan memuat laporan rasmi kepada kerajaan Indonesia dan meminta FAM membuat aduan rasmi kepada FIFA berhubung insiden berkenaan. Dipetik dari Sinar Harian,beliau bersama penyokong Malaysia terpaksa ditempatkan di dalam stadium sementara menanti keadaan reda.



Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Filem



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas