Connect with us

Oh! Media

Syed Saddiq Berikan Respon Pantas Mengenai Dego Ride

Oh! Negara

Syed Saddiq Berikan Respon Pantas Mengenai Dego Ride

Ohmedia sebenarnya ternanti-nanti juga respon terbaru dari Syed Saddiq selepas orang ramai terus membincangkan mengenai cadangannya untuk membawa masuk GoJek ke Malaysia dan ada juga yang mempersoal mengapa GoJek dan bukannya Dego Ride yang ditubuhkan anak tempatan dan dahulunya pernah diwujudkan namun dihalang oleh kerajaan lama.

ADVERTISEMENT

Jadi hari ini, Syed Saddiq telah dilihat memuat naik respon terbarunya di Twitter mengenai isu ini, dan telah mengatakan perkhidmatan teksi motosikal kendalian syarikat tempatan, Dego Ride telah berjaya menggajikan lebih 1,500 ‘mat motor’ dan turut berkongsi jumlah purata gaji bulanan yang diterima mereka, iaitu pada sekitar RM1,500 hingga RM3,500 sebulan.

Kira-kira 85 peratus ‘mat motor’ yang digaji adalah anak muda. Dalam tempoh tiga bulan saja, mereka menarik minat lebih 60,000 pengguna, katanya.

Difahamkan juga, kenyataan Syed Saddiq ini keluar selepas melakukan perjumpaan tertutup bersama Pengasas Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj.

Untuk korang yang mungkin pertama kali mendengar perkhidmatan Dego Ride, ia sebenarnya telah memulakan operasi pada November 2016 dengan kadar tambang serendah RM2.50. Namun, ia ditentang dan diharamkan oleh kerajaan lalu atas alasan keselamatan.




+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Geekz


Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas