Connect with us

Oh! Media

Alhamdulillah. Syatilla Melvin Dari Ranggi Kini Berhijab

Ohmedia syatila melvin berhijab 1png

Umum

Alhamdulillah. Syatilla Melvin Dari Ranggi Kini Berhijab

Siapa sangka pelakon cantik tinggi lampai yang berperwatakan ranggi kini memilih untuk berhijrah dan mengenakan hijap sepenuhnya. Sudah pasti ianya satu contoh yang baik kepada semua muslimat yang lain.

Pelakon yang dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon terkenal Shaheizy Sam ini mula berhijab sejak hampir dua minggu lalu.

IKLAN

Malah Syatila juga mula meletakkan syarat baru dalam lakonannya sesuai dengan imejnya yang bertudung dan akan memadam gambar-gambar lamanya yang tidak berhijab di laman sosial Instagramnya.

“Apabila sudah bertudung, adab dan kesopanan sebagai seorang wanita perlu dijaga. Jika boleh, saya akan elak watak yang memerlukan bersentuhan dengan pelakon lelaki.

“Buat masa ini, gambar lama saya tidak bertudung memang masih ada di akaun Instagram. Bagaimanapun, saya akan padam gambar tersebut. Cuma, perkara itu mengambil masa memandangkan tiada aturan membolehkan dipadam secara keseluruhan”

“Jadi, setiap malam saya perlu lakukan satu persatu membuang gambar tak bertudung dari akaun tersebut,” jelasnya yang enggan menjawab persoalan berkaitan Shaheizy Sam. Semoga penghijrahan Syatilla bakal membawa perubahan yang lebih baik di dalam kehidupannya” jelasnya kepada Kosmo! Online.

Ditanya adakah penghijrahannya mempunyai kaitan dengan hubungannya bersama Sam, Tila enggan mengulas lanjut.

Sebelum ini, Syatilla mempunyai pernampilan ala-ala Ruby Rose. Berambut pendek dan kelihatan sangat ranggi.

OHMEDIA: KAMI SUKA DENGAN PERUBAHAN INI. SEMOGA SYATILLA MELVIN TERUS ISTIQAMAH.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas