Connect with us

Oh! Media

Tahniah! Syamsul Yusuf, Sutradara Kedua dari Malaysia Dinobatkan Sebagai Pengarah Terbaik di FFAP

Oh! Lifestyle

Tahniah! Syamsul Yusuf, Sutradara Kedua dari Malaysia Dinobatkan Sebagai Pengarah Terbaik di FFAP

Tahniah kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusuf kerana telah mencipta sejarah dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) yang ke-57 di Phnom Penh, menerusi filem Munafik.

Pengarah yang baru sahaja menerima kehadiran cahayamata ini mengulangi sejarah yang dicipta oleh Allahyarham Yasmin Ahmad pada 7 tahun lalu, yang menyaksikan Syamsul adalah pengarah kedua dari Malaysia menjulang gelaran Pengarah Terbaik.

ADVERTISEMENT

Pada tahun 2010, buat kali pertama rakyat Malaysia iaitu Allahyarham Yasmin Ahmad dijulang sebagai Pengarah Terbaik pada FFAP edisi yang ke-54 di Taipei menerusi filem Mualaf yang juga merupakan filem terakhirnya.

Pada tahun lalu, filem Munafik telah diangkat sebagai Filem Terbaik Nasional fi Festival Filem Malaysia (FFM) manakala Syamsul meraih trofi Pengarah Terbaik. Malah Syamsul juga pernah mencipta sejarah menjadi sutradara termuda yang memenangi trofi Pengarah Terbaik menerusi filem Evolusi KL Drift 2 pada usia 26 tahun.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas