Connect with us

(Video) Bakal Saman Saluran Youtube, Syamsul Yusof Hilang Sabar Dengan Tajuk Berbaur Fitnah!

Oh! Artis

(Video) Bakal Saman Saluran Youtube, Syamsul Yusof Hilang Sabar Dengan Tajuk Berbaur Fitnah!

Baru-baru ini, pelakon Syamsul Yusof memuatnaik satu posting di akaun Instagramnya menunjukkan dia sedang berang dengan sebuah saluran Youtube yang mengambil kesempatan menggunakan tajuk berbaur fitnah mengenai hal rumahtangganya bersama isterinya, Puteri Sarah Liyana.

Saluran yang menggunakan nama Cabik Geronong Channel dengan meletakkan tajuk seperti ‘TAK SANGKA! Rupanya Syamsul Yusof Curang Dengan Puteri Sarah’ sehingga mendapat jumlah tontonan yang banyak itu bakal diambil tindakan undang-undang oleh Syamsul Yusof.

Anda semua nak main-mainkan saya kan? Berani tulis tajuk macam ini hanya untuk mendapatkan views di YouTube. Saya dah semak dan saluran ini adalah dari Malaysia dan kita akan dapatkan dia punya id. Too much brother. Jangan main-main dengan nama saya. Please stop playing aroung with my f******g name bro.

Sekarang ini dekat saluran YouTube saya tahu anda semua nak dapatkan views apa semua, saya tahu itu kerja anda tapi tolong hormati orang dan juga artis. Mereka ada keluarga juga, saya ada anak-anak. Saya dapat Cabik Geronong Channel, nama saluran pun macam apa tah dia tulis tajuk yang boleh membawa fitnah, boleh membawa kepada kepincangan keluarga saya lagi.

Syamsul berkata pihak saluran yang tidak bertanggungjawab dan menimbulkan rasa kurang senang pada dirinya itu boleh membuatkan keadaan menjadi lebih teruk. Dia yang tidak berdiam diri juga akan membawa perkara ini kepada mahkamah.

Seperti yang saya cakap, saya tidak akan berdiam diri lagi. Saya akan saman anda, saya jumpa anda di mahkamah. Ini bukan sebab duit, nak kasi ajar sikit. Kalau ada artis-artis lain sebelum ini pernah kena kalau diorang tak berani saman ke ha ni Syamsul saman kau sekarang ni.

Saya tak main-main dan tolonglah respek orang lain. Orang tengah ada masalah sekarang ni dan korang nak fikir tentang korang punya views, kau tak fikir orang punya perasaan. Kau nak buat macam ni, okay see you in courtlah.

Saya akan dapatkan peguam terbaik. Seriously bro, too much! Orang pun ada perasaan juga, come onlah respek people. Saya hormat anda, anda hormat saya. Saling menghormati, jangan buat kami, artis Malaysia ni like shit man. Malas cakaplah, see you in court!


Alamak, baik korang meminta maaf dekat Syamsul Yusof! Lain kali jangan buat tajuk yang berbaur fitnah okay. Hal rumahtangga, biarlah diorang selesaikan dengan cara baik. Kita tak perlu masuk campur.

OHMEDIA: BERANI BUAT, BERANI TANGGUNG. KAN SYAMSUL DAH MARAH!

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral. Juga memastikan laman media sosial untuk Oh! Media sentiasa berjalan dengan lancar.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending

To Top