Connect with us

Oh! Media

Syaitan Di Bawah Rambut Orang Berjunub?

Umum

Syaitan Di Bawah Rambut Orang Berjunub?

SOALAN:
Adakah seorang yang sedang berhadas dengan hadas janabah itu wajib melakukan mandi dengan segera? Adakah harus dia tangguhkan akan mandinya itu kerana mahu melakukan kerjanya dahulu? Ini adalah kerana ada orang yang mengatakan ada hadith menyebut bahawa selagi tidak mandi junub maka syaitan duduk di bawah rambutnya dan setiap langkah dia berjalan maka Malaikat melaknatnya?

ADVERTISEMENT

JAWAPAN:
Hukum melakukan mandi janabah dengan segera adalah sunat dan tidak mengapa jika dia tangguhkan mandi selama belum mahu melakukan ibadat yang mewajibkan mandi terlebih dahulu seperti sembahyang.

Dakwaan ada hadith yang menyatakan syaitan duduk di bawah rambut orang yang junub dan Malaikat melaknat setiap langkahnya ketika berjalan adalah dakwaan yang tidak benar.

Berkata Mufti Mesir Dr Ibrahim Syauqi ‘Allam:

لا يصح شرعًا شيءٌ مما انتشر بين العوام من أن الملائكة تلعن الجنب في كلِّ خطوةٍ، أو أنها تلعنه حتى يغتسل، أو أن كل شعرة فيه تحتها شيطان، ولا تجوز نسبته إلى النبي صلى الله عليه وآله وسلم، ومع ذلك ينبغي المسارعة إلى الطهارة من الجنابة ما استطاع المسلم إلى ذلك سبيلًا، وإلا فيستحب له أن يتوضأ إذا أراد معاودة الجماع أو الطعام أو النوم أو الخروج لقضاء حوائجه والتصرف في بعض شئونه، ولا يكون الجنب آثمًا بتأخيره غسلَ الجنابة ما لم يؤدِّ ذلك إلى تأخير الصلاة عن وقتها، فيأثم لتأخيره الصلاة عن وقتها.

“Tidak sah disisi syarak suatu pun apa yang tersebar di kalangan orang awam yang menyatakan bahawa Malaikat melaknat orang yang junub pada setiap langkahnya atau dilaknat akan dia selama belum dia mandi atau berkata bahawa di bawah rambut orang junub itu ada syaitan. Tidak harus sama sekali menyandarkan perkataan sebegini kepada Nabi SAW.

Orang yang junub itu sunat segera bersuci dari janabahnya apa yang dia mampu. Jika tidak mampu lagi melakukan mandi maka hendaklah dia berwudhu’ apabila dia hendak mengulangi bersetubuh atau hendak makan atau tidur atau keluar kerana suatu hajat dan melakukan pekerjaan.

Tidaklah orang yang junub itu berdosa jika dia melambatkan mandi janabah selama tidak membawa yang demikian itu kepada melambatkan solat di luar waktunya dari kerana berdosa mengeluarkan solat dari waktunya.”

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas