Connect with us

Oh! Media

‘Syafaat’ Anak Kecil Untuk Orang Tuanya

Umum

‘Syafaat’ Anak Kecil Untuk Orang Tuanya

Soalan:
Adakah benar perkataan setengah orang di mana anak yang mati semasa kecil boleh memasukkan ibu bapanya ke dalam syurga? Adakah terdapat hadithnya sebagai sandaran dalil?

ADVERTISEMENT

Jawapan:
Ya memang benar perkataan tersebut. Anak yang mati semasa kecil yakni sebelum baligh boleh memasukkan ibu bapanya ke dalam syurga di akhirat nanti dan menjadi perisai bagi ibu bapanya dari api neraka tetapi disyaratkan hendaklah ibu bapanya itu sabar dan redha dengan musibah kematian anaknya itu.

Diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal r.a. Rasulullah saw bersabda:

ما من مسلمين يُتوفَّى لهما ثلاثةٌ من الولدِ إلا أدخلهما اللهُ الجنَّةَ بفضلِ رحمتِه إياهما فقالوا: يا رسولَ اللهِ أو اثنان؟ قال: أو اثنان قالوا: أو واحدٌ؟ قال: أو واحدٌ ثم قال: والذي نفسي بيدِه إنَّ السِّقطَ ليجرُّ أمَّه بسررِهِ إلى الجنَّةِ إذا احتسبَتْهُ
“Tidak ada ibu bapa dari orang-orang Islam yang kematian tiga orang anaknya melainkan Allah akan masukan keduanya ke dalam syurga dengan kurnia dan rahmat-Nya bagi keduanya.” Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah kalau dua orang anak?” Jawab baginda: “Ya dua orang anak juga.” Bertanya sahabat: “Kalau seorang anak?” Jawab baginda: “Atau pun seorang anak juga.” Kemudian baginda bersabda: “Demi Tuhan yang diriku dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya bayi yang gugur akan membawa ibunya sekali hingga ke dalam syurga apabila dia bersabar dan mengharapkan kurnia Allah.” (Hadith Al-Munziri)

Dan diriwayatkan daripada Abu Musa Al-Asy’ari r.a. Rasulullah saw bersabda:

إذا مات ولدُ العبدِ قال الله لملائكته : قبضتُم ولدَ عبدي ؟ فيقولون : نعم . فيقول : قبضتم ثمرةَ فؤاده فيقولون : نعم . فيقول : ماذا قال عبدي ؟ فيقولون : حمدك واسترجع، فيقول اللهُ : ابنوا لعبدي بيتًا في الجنةِ وسموه : بيتَ الحمدِ
Apabila mati seorang anak bagi hamba yang mukmin maka berfirman Allah bagi malaikat: “Adakah kamu telah ambil nyawa seorang anak bagi hamba-Ku?” Jawab malaikat: “Ya.” Firman Allah: “Kamu telah ambil buah hatinya?” Jawab malaikat: “Ya.” Firman Allah: “Apa yang dia kata?” Jawab malaikat: “Dia mengucapkan innalillah wainna ialihi rajiuun dan memuji-Mu.” Maka firman Allah: “Bina baginya sebuah mahligai di dalam syurga dan namakannya Baitul Hamdi.” (Hadith Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

Dan pada hadith lain riwayat dari Abi Hurairah r.a. Nabi saw bersabda:

يقال لهم ادخلوا الجنة فيقولون حتى يدخل آباؤنا فيقال ادخلوا الجنة أنتم وآباؤكم
Dikatakan kepada anak-anak yang mati kecil itu: “Masuklah kamu sekelian ke dalam syurga.” Anak-anak itu berkata: “Tidak sehinggalah masuk juga ibu bapa kami.” Maka dikatakan kepada mereka: “Masuklah kamu sekelian ke dalam syurga serta ibu bapa kamu juga.” (Hadith An-Nasa’ie)

Imam Nawawi berkata :

موتُ الواحدِ من الأولادِ حجابٌ منَ النار ، وكذا السقطُ
“Kematian seorang anak dari anak-anak adalah perisai dari api neraka dan begitu juga dengan anak yang gugur.” (Kitab Al-Majmu Syarah Muhazzab)

Wallahua’lam.

+ Ustaz Azhar Idrus

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas