Connect with us

Oh! Media

Sweden Ikut Amerika Syarikat & India Haramkan Aplikasi TikTok

ohmedia tiktokjpg

Umum

Sweden Ikut Amerika Syarikat & India Haramkan Aplikasi TikTok

Selepas Amerika Syarikat, nampaknya Sweden juga mengikut langkah mereka apabila mengharamkan penggunaan aplikasi TikTok.

Perkara ini dilakukan oleh agensi penyiaran awam Sweden, Televisyen Sweden (SVT) dan Radio Sweden (SR) dengan melarang semua kakitangan mereka menggunakan aplikasi itu di dalam telefon milik syarikat.

Tindakan ini diambil selepas melihat aplikasi itu mengancam keselamatan dan berlaku pendedahan maklumat kepada pemilik aplikasi China, ByteDance.

IKLAN

Justeru, SVT memutuskan pekerja tidak dibenarkan menggunakan aplikasi TikTok di telefon kerja mereka. Kakitangan dimaklumkan mengenai keputusan itu melalui e-mel. Awal bulan ini, SR mengambil keputusan hampir sama kerana aplikasi itu ‘tidak memenuhi keperluan keselamatan pada alat pekerjaan, seperti telefon milik syarikat. – Kata jurucakap SR Claes Bertilson.

Selain Amerika, kerajaan India turut telah mengumumkan arangan ke atas 59 aplikasi China, termasuk TikTok susulan sentimen anti-China, berikutan pertikaian mengenai sempadan Himalaya.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang suka main TikTok di Facebook Oh! Media.



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas