Connect with us

Oh! Media

Swarovski Memilih Neelofa Sebagai Duta Wanita Hijab Pertama Mereka

Oh! Lifestyle

Swarovski Memilih Neelofa Sebagai Duta Wanita Hijab Pertama Mereka

Kejayaan demi kejayaan dapat dilihat daripada seorang pelakon dan pengacara wanita Neelofa apabila kini dilihat telah berkolaborasi bersama Swarovski bagi kempen Raya mereka.

ADVERTISEMENT

Swarovski juga telah memilih Neelofa sebagai wanita hijab pertama mereka. Walaupun ianya hanya projek bagi pemasaran di Malaysia, Neelofa telah diterbangkan ke Dunai bagi melakukan penggambaran koleksi Swarovski yang berlatar belakangkan gurun Abu Dhabi.

Projek pertama ini juga dilihat sangat bermakna buat Neelofa setelah Swarovski turut ingin bekerjasama untuk mempromosikan Neelofar Hijab X Swarovski.

“Syawal adalah bulan yang mana saya mendedikasikan masa dan menekankan nilai dan cara yang boleh saya sumbangkan kepada masyarakat. Aspirasi saya adalah untuk menjadi seorang yang memberi daripada menerima. Seseorang yang memberi kasih sayang, kekuatan dan aura positif.”

“Saya amat percaya yang kehebatan seseorang tidak terlihat pada apa yang dia miliki, sebaliknya apa yang mereka sumbang. Dan satu-satunya cara yang boleh dilakukan adalah apabila mereka memiliki keyakinan, kekuatan dan kualiti dalam memberi kuasa; membolehkan mereka memberi orang-orang di sekitar mereka momen terbaik mereka,” jelas Neelofa kepada Eh!.

Naelofar Hijab yang dilancarkan pada 2014 bertujuan untuk merevolusikan hijab modest dan kini dijual lebih daripada 37 buah negara seluruh dunia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas