Connect with us

Oh! Media

SUV Berjaya Dinaikkan – Mangsa Masih di Tempat Duduk Pemandu

Umum

SUV Berjaya Dinaikkan – Mangsa Masih di Tempat Duduk Pemandu

Setelah beberapa hari usaha menaikkan kenderaan SUV jenis Mazda CX 5 dilakukan, akhirnya ia berjaya diangkat keluar menggunakan kren pada jam 5.50 petang tadi.

ADVERTISEMENT

SUV itu berjaya dinaikkan ke atas Jambatan Pulau Pinang pada jam 6.05 petang dengan mangsa Muey Yun Peng masih berada di bahagian tempat duduk pemandu.

Ketika ini, usaha mengeluarkan mayat mangsa sedang dilakukan pasukan penyelamat di atas Jambatan Pulau Pinang sebelum dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi proses bedah siasat.

Operasi menaikkan kenderaan itu bermula kira-kira pukul 7 pagi hari ini yang disertai oleh seramai 41 penyelam daripada empat agensi bagi mengikat tali pada badan kenderaan itu.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas