Connect with us

Oh! Media

Sultan Selangor Arahkan Papan Tanda Bahasa Mandarin Diturunkan Serta Merta

Umum

Sultan Selangor Arahkan Papan Tanda Bahasa Mandarin Diturunkan Serta Merta

Isu dan perkara yang mengaitkan orang Melayu dan Agama Islam sekarang semakin menjadi-jadi. Terkini, Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan supaya papan tanda jalan yang menggunakan bahasa Mandarin diturunkan dan digantikan dengan papan tanda menggunakan bahasa tunggal, iaitu bahasa Melayu.

ADVERTISEMENT

“Saya dengan hormatnya menjunjung titah Sultan Selangor berkenaan papan tanda jalan dwibahasa. Baginda telah menitahkan supaya semua papan tanda jalan yang mempunyai tulisan Cina di Shah Alam ditanggalkan dan digantikan dengan satu bahasa sahaja iaitu bahasa Melayu.

“Operasi penukaran papan tanda jalan ini hendaklah dilaksanakan dengan segera dan dapat diselesaikan selewat-lewatnya sebelum tarikh Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-73 Sultan Selangor iaitu pada 11 Disember 2018,” kata Setiausaha Sulit Kanan Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menerusi satu surat rasmi kerajaan negeri.

Berdasarkan salinan, surat rasmi bertarikh 19 November itu dialamatkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya untuk makluman dan tindakan serta untuk perhatian Datuk Bandar Shah Alam.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas