Connect with us

Oh! Media

Sultan Pahang Sultan Abdullah Dimasyhur Agong ke-16

B1414a18 ed31 4213 941d 39bc743922b3jpeg

Umum

Sultan Pahang Sultan Abdullah Dimasyhur Agong ke-16

Hari ni, rakyat Malaysia telah menerima Agong baharu iaitu Al-Sultan Adullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah berlangsung istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara sebentar tadi.

Sultan Abdullah turut berikrar akan melaksanakan pemerintahan dengan adil dan mengaku akan bersungguh-sungguh memelihara dan mempertahankan pada setiap masa kesucian agama Islam, keamanan dan kesejahteraan rakyat.

Sebagai Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong secara undang-undangnya mempunyai kuasa terhadap tiga institusi kerajaan iaitu badan eksekutif, perundangan dan memainkan peranan berkaitan badan kehakiman.

IKLAN

Dalam pada itu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah turut melafazkan sumpah jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, melengkapkan lagi sistem raja berperlembagaan yang diamalkan di negara ini.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas