Connect with us

Oh! Media

Sultan Nazrin Dilantik Sebagai Pemanku Jawatan Yang di-Pertuan Agong

Umum

Sultan Nazrin Dilantik Sebagai Pemanku Jawatan Yang di-Pertuan Agong

Selepas pengumuman berikutan dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V meletakkan jawatannya seagai YDP, Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung awal pagi tadi telah membuat keputusan untuk melantik Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai pemangku Yang-di-Pertuan Agong.

ADVERTISEMENT

Mesyuarat yang dihadiri enam daripada sembilan Sultan dan Raja hadir ke Istana Negara pagi tadi. Mesyuarat yang dijalankan selama lebih satu jam itu dihadiri oleh Tuanku Syed Sirajudin Syed Putra Jamalullail, Sultan Mizan Zainal Abidin, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, Sultan Ibrahim Iskandar, Sultan Nazrin Muizzudin Shah dan Sultan Sallehuddin Shah.

Walaubagaimanpun, pengumuman rasmi mengenai perkara ini akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Sumber: Awani

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas