Connect with us

Oh! Media

Sultan Brunei Dijangka Tiba ke Malaysia Esok

sultan brunei 10jpg

Oh! Negara

Sultan Brunei Dijangka Tiba ke Malaysia Esok

Bersempena dengan Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-22 di antara Malaysia dan Brunei, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dilaporkan akan berangkat ke Malaysia pada esok 5 Mac.

Ketibaan Sultan Brunei ini akan disambut Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya dan ia merupakan pertemuan julung kali antara Dr Mahathir dan Sultan Hassanal Bolkiah di bawah kerangka Rundingan Pemimpin Tahunan.

Walaubagaimanapun, kedua-dua pemimpin sebelum ini sudah bertukar-tukar lawatan pada Mei dan September tahun lalu susulan pelantikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh.

IKLAN

Untuk pengetahuan anda, jumlah dagangan antara Malaysia dan Brunei adalah sebanyak AS$981.2 juta (RM4 bilion) pada 2018.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas