Connect with us

Oh! Media

Keputusan Padam 98 Video Kerana Tak Nak Ada Kaitan Dengan YouTube – Sugu Pavithra

Ohmedia sugu pavithra tidak mahu main youtbepng

Umum

Keputusan Padam 98 Video Kerana Tak Nak Ada Kaitan Dengan YouTube – Sugu Pavithra

Pasti ramai yang terkejut, terutamanya mereka yang mengiktuti YouTuber Sugu Pavithra apabila melihat semua 98 video masakan di akaun terbabit telahpun dipadam.

Persoalan juga timbul, adakah videonya dipadam ataupun hanya ditukar kepada private kerana agak sayang jika akaun yang telah mendapat lebih 700 ribu pengikut dipadam begitu sahaja.

Jadi ini jawapan dari mereka S Pavithra dan M Sugu yang menyatakan tidak lagi mahu mempunyai apa-apa kaitan lagi dengan YouTube.

IKLAN

Kami buat itu (padam video) kerana tak nak sebarang kaitan dengan YouTube itu lagi. Biar kami satu keluarga biasa sahaja. Ramai YouTuber masakan dan yang hebat-hebat dan bagus ada tetapi kenapa kami jadi tumpuan. Biar kami beri perhatian pada keluarga. – Katanya.

Keputusan ini nampaknya diambil mereka selepas melalui hari-hari yang sukar apabila berlaku perselisihan faham dalam keluarga mereka sehingga M Sugu ditahan. Bagaimanapun, semuanya sudah selesai apabila S Pavithra menarik semula laporan polis.

OHMEDIA: INILAH BUKTI BAHAWA KELUARGA INI TIDAK MENGEJAR POPULARITI DAN MUNGKIN INI CARA TERBAIK UNTUK KELUARGA MEREKA KEMBALI BAHAGIA SEPERTI BIASA.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang mengikuti perkembangan mereka di Facebook Oh! Media.



📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas