Connect with us

Oh! Media

Sufian Suhaimi Tercalon Dalam Anugerah Herald Global

Umum

Sufian Suhaimi Tercalon Dalam Anugerah Herald Global

Wow! Tahniah kepada Sufian Suhaimi sebab tercalon dalam anugerah ‘Most Admired Leaders of Asia Award 2019’ untuk kategori hiburan yang berperingkat international anjuran Herald Global yang akan berlangsung pada bulan August di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur.

ADVERTISEMENT

Baby Pian tak sangka yang dia tercalon dalam anugerah itu sebagai wakil tunggal negara gais! Anugerah Herald Gobal ni sebenarnya memberi pengiktirafan dan penghormatan bagi orang yang berjaya mengukir nama dalam industri keusahawanan, pembuatan dan rekaan.

Bukan itu sahaja, mungkin benda ini akan memberi inspirasi kepada orang lain yang di luar sana untuk mempunyai masa depan yang teramin, berdepan dengan cabaran yang sukar dan meneroka idea baru. Hmm betul juga.

Saya terpilih sebagai salah seorang penerima anugerah untuk Most Admired Leader dalam Asia Award yang dianjurkan oleh Herald Global berpusat di Mumbai, India. Pada mulanya mula saya macam tak percaya, ingat itu macam satu scam atau pun spam message yang kita dapat. Tetapi apabila mereka jelaskan semua sekali dengan lebih lanjut, barulah kita yakin. Saya amat berbesar hati sebenarnya apabila dipilih sebagai salah seorang penerima anugerah di peringkat antarabangsa. Selain mewakili negara, saya harap anugerah ini dapat meletakkan nama Malaysia di atas pentas dunia.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas