Connect with us

Oh! Media

Sudah Belajar Baca Al-Quran Tetapi Masih Tidak Pandai

Umum

Sudah Belajar Baca Al-Quran Tetapi Masih Tidak Pandai

Dari Aisyah r.a beliau berkata: Telah bersabda oleh Rasulullah saw:

الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِى يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ
“Orang yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para Malaikat yang mulia yang selalu taat kepada Allah dan orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan merangkak-rangkak dalam kepayahan maka dia mendapat dua pahala.” (Hadith Imam Muslim)

ADVERTISEMENT

Maksud Hadith:

1. Siapa yang membaca Al-Quran dalam keadaan mahir maka balasannya dia akan bersama para Malaikat di akhirat nanti dalam kebaikan yang sangat banyak kerana dia telah berusaha belajar dan memahirkan diri untuk membaca Al-Quran.

2. Siapa yang sudah belajar bersunguh-sungguh tetapi dia masih belum mahir maka apabila dia membaca Al-Quran, dibacanya dalam keadan merangkak dan kepayahan. Maka dia mendapat dua pahala. Satu pahala kerana membaca Al-Quran dan satu lagi pahala kerana kepayahan yang dialaminya itu.

3. Maksud dua pahala ialah dua pahala atas satu huruf yang dibaca kemudian digandakan pula kepada 10 sebagaimana datang pada hadith Ibnu Mas’ud r.a. katanya:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ، وَالحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا،
Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah maka dapat baginya satu pahala kebaikan. Dan satu pahala kebaikan itu diganda sepuluh kali.” (Hadith Tirmidzi)

Walahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas