Connect with us

Oh! Media

Suaranya Terdengar Hingga ke Parsi

Umum

Suaranya Terdengar Hingga ke Parsi

ADVERTISEMENT
Dikisahkan bahawa Umar bin Khattab radhiallahu ‘anhu mengangkat Sariyah bin Zunaim al-Khalji sebagai pemimpin salah satu angkatan perang kaum muslimin untuk menyerang Parsi. Di Gerbang Nahawand, Sariyah dan pasukannya terdesak kerana jumlah pasukan musuh yang sangat banyak, sehingga pasukan muslim hampir kalah. Sementara di Madinah, Umar naik ke atas mimbar dan berkhutbah.
Di tengah-tengah khutbahnya, Umar berseru dengan suara lantang: “Hai Sariyah, berlindunglah ke gunung. Barangsiapa menyuruh serigala untuk menggembalakan kambing, maka dia telah berlaku zalim!” Allah membuat Sariyah dan seluruh pasukannya yang ada di Gerbang Nahawand dapat mendengar suara Umar di Madinah. Maka pasukan muslimin berlindung ke gunung, dan berkata: “Itu suara Khalifah Umar.” Akhirnya mereka selamat dan memperoleh kemenangan.
Al Taj al-Subki menjelaskan bahawa ayahnya (Taqiyuddin al-Subki) menambahkan: Pada saat itu, Ali radhiallahu ‘anhu menghadiri khutbah Umar lalu dia ditanya: “Apa maksud perkataan Khalifah Umar itu, dan di mana Sariyah sekarang?” Ali menjawab: “Doakan saja Sariyah. Setiap masalah pasti ada jalan keluarnya.” Dan setelah kejadian yang dialami Sariyah dan pasukannya diketahui umat muslimin di Madinah, maksud perkataan Umar di tengah-tengah khutbahnya tersebut menjadi jelas.

Dipetik dari: Thabaqat Al Munawi Al Qubra dan Jami’ Karamat Al Auliya’

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas