Connect with us

Oh! Media

Suami Youtuber Masakan Terkenal Didakwa Pukul Isteri & Kini Direman 3 Hari

Umum

Suami Youtuber Masakan Terkenal Didakwa Pukul Isteri & Kini Direman 3 Hari

Apa sudah jadi? Hanya kerana marah namanya tidak disebut isteri semasa mengambil anugerah telah menyebabkan suami kepada Youtuber masakan terkenal dikenakan tahanan reman tiga hari oleh Mahkamah Majistret Ipoh.

ADVERTISEMENT

Harian Metro ada melaporkan perkara ini di mana suspek telah didakwa mencederakan isterinya dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.

Pergaduhan itu berlarutan sehingga keesokkan hari (semalam) di mana lelaki itu pergi ke hospital berkenaan untuk mencari adik isterinya. Ketika kejadian suspek dipercayai mabuk. Bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan adik isterinya. Ia menyebabkan lelaki itu dipercayai memukul isterinya. Pada 5.54 petang hari sama, pengawal keselamatan menerima laporan daripada seorang jururawat yang mendakwa terlihat seorang lelaki mabuk dengan memegang sabit hendak memasuki salah satu wad hospital berkenaan. – Kata sumber.

Tujuannya untuk memasuki hospital terbabit dikatakan adalah untuk mencari abang ipar isterinya kerana masalah keluarga.

Bagaimanapun, kita masih menanti maklumat terkini dari Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A.Asmadi Abdul Aziz yang sedang melakukan siasatan dan mengesahkan perkara ini.

OHMEDIA: MUNGKIN KITA SUDAH DAPAT MENJANGKAKAN SIAPAKAH PASANGAN INI. TETAPI LEBIH BAIK KITA MENUNGGU BERITA SELANJUTNYA NANTI.

Krdit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang terkejut mendengar berita ini di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas