Umum
Suami Tidak Benarkan Isteri Berjumpa Ibu Bapa
Oleh
SOALAN
Ohmedia dapat rasakan ada di kalangan isteri yang tidak dapat keluar ke rumah dan berhubung dengan orang tua kerana tidak mendapat izin suami. Jadi, adakah isteri boleh keluar menjenguk orang tua semasa suami tiada di rumah walaupun tidak mendapat izin suami?
JAWAPAN
Sebagai seorang suami memang mempunyai hak melarang isterinya keluar dari rumah walaupun hendak pergi ke rumah orang tuanya.
Jika suami melarang atau tidak memberi izin maka tidak harus isterinya itu keluar akan tetapi sebagai suami yang baik dan bertimbang rasa hendaklah membenarkan isterinya keluar ziarah akan kedua orang tuanya dan sanak saudaranya.
Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari :
ŁŁŁŲ²ŁŲ¬ Ł ŁŲ¹ Ų²ŁŲ¬ŲŖŁ Ł Ł Ų¹ŁŲ§ŲÆŲ© Ų£ŲØŁŁŁŲ§ ŁŁ Ł Ų“ŁŁŲÆ Ų¬ŁŲ§Ų²ŲŖŁŁ Ų§ ŁŲ¬ŁŲ§Ų²Ų© ŁŁŲÆŁŲ§Ų ŁŲ§ŁŲ£ŁŁŁ Ų®ŁŲ§ŁŁ
Artinya : āDan harus bagi suami menegah isterinya dari keluar ziarah kedua orang tuanya dan hadir kematian keduanya dan anaknya. Dan yang eloknya ialah membenarkan isterinya keluar.ā (Kitab Asnal Matalib)
Akan tetapi suami tidak boleh menghalang isterinya berhubung atau bercakap dengan kedua orang tuanya dan suami tidak berhak menghalang ibu bapa isteri datang berjumpa dengan isterinya melainkan jika ada padanya mudarat maka tidak mengapa suami menghalangnya.
Berkata Syeikh Athiyah Saqr :
ŁŲ°ŁŲØ Ų§ŁŲ“Ų§ŁŲ¹ŁŲ© ŁŲ§ŁŲŁŲ§ŲØŁŲ© Ų„ŁŁ Ų£Ł ŁŁ Ų£Ł ŁŁ ŁŲ¹ŁŲ§Ų ŁŁŁŲ²Ł ŁŲ§ Ų·Ų§Ų¹ŲŖŁŲ ŁŁŲ§ ŲŖŲ®Ų±Ų¬ Ų„ŁŁŁŁ Ų§ Ų„ŁŲ§ ŲØŲ„Ų°ŁŁŲ ŁŁŁ ŁŁŲ³ ŁŁ Ų£Ł ŁŁ ŁŲ¹ŁŲ§ Ł Ł ŁŁŲ§Ł ŁŁ Ų§ ŁŁŲ§ Ł Ł Ų²ŁŲ§Ų±ŲŖŁŁ Ų§ ŁŁŲ§Ų Ų„ŁŲ§ أ٠ŁŲ®Ų“Ł Ų¶Ų±Ų±Ų§ ŲØŲ²ŁŲ§Ų±ŲŖŁŁ Ų§Ų ŁŁŁ ŁŲ¹ŁŁ Ų§ ŲÆŁŲ¹Ų§ ŁŁŲ¶Ų±Ų±. Ų¹Ų·ŁŲ© ŲµŁŲ± ŁŲŖŲ§ŁŁ Ų§ŁŲ£Ų²ŁŲ±
Artinya : āDan telah berjalan oleh mazhab Syafie dan mazhab Hanbali kepada harus suami menghalang isterinya dan wajib isterinya taat dan isteri tidak keluar ke rumah dua orang tuanya melainkan dengan izinnya. Akan tetapi tidak boleh bagi suami menegah isterinya itu dari bercakap dengan kedua orang tuanya dan tidak boleh menghalang kedua orang tua isteri menziarahi isterinya melainkan jika dibimbangi ada kemudaratan dengan sebab ziarah kedua orang tuanya itu maka haruslah suami menghalang keduanya kerana menolak mudarat.ā (Fatawa Al-Azhar)
Kesimpulan
Suami mempunyai hak melarang isterinya keluar dari rumah tanpa izin pada perkara yang bukan darurat sekalipun menziarahi ibu bapanya atau sanak saudaranya.
Suami tidak berhak melarang isterinya berhubung atau bercakap dengan dua ibu bapanya.
Suami juga tidak berhak melarang ibu bapa atau sanak saudara isteri datang ziarah isterinya.
Suami yang bertimbang rasa dan elok kelakuan dan adabnya tidak akan melarang isterinya keluar ziarah akan ibu bapanya dan sanak saudaranya.
Wallahuaālam
Kredit: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca respon pembaca suami tidak benarkan isteri berjumpa ibu bapa di Facebook Oh! Media
